Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan  Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan  ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh  Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau  nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di  kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di  tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya  seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan  Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al  Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah  seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah  dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai  hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya  ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran  dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:  Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang)  rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan  Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata  kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata  kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana  bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya  tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org  Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat  At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia  mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir  ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya  Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm  kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa  lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg  bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu  panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada  Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu  masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi  ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat  ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya  adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga  sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari  biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu  ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini.  Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar  biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum  kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau  panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan  kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari  biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan  dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa  ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata  pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi  menjadi subur. Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan  stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak  mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan  kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan  memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya  dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah

- Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama  syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan  menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat  yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga  itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini  tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita  mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan  oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut  sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami  bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas  muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti  kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang  kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan  bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik  utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
sumber: http://noretz-area.blogspot.com/2010/01/siapakah-dajjal.html
 
1 komentar:
wah mengerikan gan ....
Posting Komentar
Terimakasih telah membaca artikel diatas, jangan lupa komentar :)