Dajjal   adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau  apajua  makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya  “Minal  Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah  swt ke  atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau  nantinya turun  semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan  di kuburkan di  Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di  tangguhkan  kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal;   ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.   Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.   MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan   bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala   ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan   mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia   akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun   kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat  Badannya:
Hadis   Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah   orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta   dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan   Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg  disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan   tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya  dan  kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya   tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi   kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir   (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada   ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani,   kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku   sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum   ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut   riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa  Dajjal  itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau  dan  ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat  hadis  mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh  membaca  terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa  Dajjal  itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt  utk  keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu  ialah  disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah  kemunculannya:
Dajjal   akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama   empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn   setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan   satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi   keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan   dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami   bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka   bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.   Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan   hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi  (yaitu  37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami  bertanya  lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun  itu,  apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5  waktu  sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari  itu dgn  menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud   Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu   pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya   kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh   pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita   sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor   itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib   kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,   Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama   panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari   itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga   pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal   telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana   itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di   antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda   beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan  diuji  dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun  berturut-turut.  Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari  biasa dan pada tahun  kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga  hujan tidak akan turun  langsung. Umat akan dilandakebuluran dan  kekeringan. Di saat itu Dajjal  akan muncul membawa ujian. Maka daerah  mana yg percaya Dajjal itu  Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah  kamu di daerah ini! Lalu  hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.  Begituj uga ekonomi,  perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada  org yg bersekutu dgn  Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu  dgn Dajjal..mereka  akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan   ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti  (makanan)  sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam  kelaparan dan  kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
- Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di   antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga   dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan   kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar   adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu   sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan   yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini   maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet   tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada   kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat  ditempuhdalam  satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana  kepantasan  perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi  menjawab:”Kepantasan  perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al  Ghaist” (hujan atauawan)  yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R  Muslim
Namun   demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam   yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
sumber: http://woamu.blogspot.com/2010/07/inilah-fitnah-terbesar-yang-akan-dibuat.html
 

 
 

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terimakasih telah membaca artikel diatas, jangan lupa komentar :)